Tiada tajuk...

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Khamis, Februari 17, 2011 at 12:09 PG

Salam semua.. Dah lama rasanya alkhair tak update blog. Minta maaf la bebanyak kepada 'followers' budiman jika ternanti-nanti entry baru. tak tau apa alasan yang boleh diberikan..kalo nak kata tak ada masa, sume orang masa sama (24 jam)..nak kata tak ada ide, ide banyak mencurah-curah..entahlah..
Baru-baru ni alkhair ada ikut misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa banjir di Segamat, Johor. Rasa terharu bila melihat keadaan rumah mereka setelah air banjir surut..dengan lumpur yang tebal, perabot kembang dan ada yang rosak. Maklumlah terendam air selama lebih kurang tiga hari. Di sana alkhair dan beberapa orang sahabat menyumbangkan tenaga membuat kerja-kerja pembersihan di surau dan di beberapa buah rumah.
Air sungai melimpah

Berehat di bilik gerakan sementara menunggu misi seterusnya

Memberi khidmat kepada mangsa banjir


Baca Lagi >>

Comments:

There are 0 ulasan for Tiada tajuk...

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..