Langkah Bijak Menggunakan Internet

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Rabu, Februari 23, 2011 at 12:06 PG


 No.1. Mulakan dengan BASMALAH. Doa semoga kita mendapat apa yang kita kehendaki dan memohon perlindungan Allah S.W.T. daripada apa-apa yang melalaikan.


No. 2. Tetapkan senarai harian kita untuk menggunakan internet seperti semak email, baca akhbar online, kemaskini blog, sembang dengan rakan-rakan dan sebagainya.

No. 3. Letakkan anggaran masa bagi setiap aktiviti No. 2.

No. 4. Tetapkan masa untuk menggunakan internet misalnya satu har satu jam.

No. 5. Jangan sesekali menerewang ke sesawang lain yang tiada dalam senarai kecuali benar-benar terpaksa.

No. 6. Sentiasa melihat jam atau masa yang tinggal.

No. 7. Disiplinkan diri kita dengan hanya memberi masa tambahan dalam masa 10 - 15 minit jika ada matlamat belum selesai.

No. 8. Buka hanya satu hingga tiga view untuk laman utama. Semakin banyak view yang kita buka, semakin tinggi risiko untuk berjaya apa yang dikehendaki.

No. 9. Kita perlu mengawal internet, bukan internet yang mengawal kita!!

No. 10. Akhirkan aktiviti dengan berdoa kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan bermanfaat kepada kita.

Comments:

There are 0 ulasan for Langkah Bijak Menggunakan Internet

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..