Simpan, Kongsi, Dapat Ganjaran

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Sabtu, Mac 19, 2011 at 1:19 PTG

Salam  alaik. Kali ini alkhair nak kongsi dengan pembaca budiman berkenaan dengan satu aplikasi iaitu Dropbox. Mungkin kalian pernah gunakan aplikasi ini. Untuk dapatkan aplikasi ini klik
http://db.tt/gCW7pD4

Mula-mula register pastu install. Fungsinya cam thumbdrive cuma file disimpan di internet. Boleh access online sahaja.

Antara keistimewaan aplikasi ini :

1. Free 2G untuk simpan di internet
2. dapat menyimpan apa sahaja bentuk file 2G - 8G. nak lebih kne bayar.
3. Boleh share bersama-sama orang yang dipilih
4. Bila ajak kawan-kawan untuk sertai Dropbox akan dapat ganjaran pertambahan memori simpanan.
5. Insya Allah selamat digunakan

Boleh xplore sendiri untuk dapatkan maklumat yang lain berkenaan Dropbox. Selamat mencuba.

JOM GEGAR BLOG

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Isnin, Mac 07, 2011 at 4:13 PTG

http://www.ummu-anas.blogspot.com/
Maksud hadis: ((Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin))

Rakan-rakan pembaca budiman sekalian. Kali ini alkhair nak ajak kawan2 singgah di blog ummu-anas kerana banyak motivasi yang mendidik jiwa khususnya para remaja..Remaja tunggak harapan negara...

Rela?? Paksa??..atau paksa rela??

Dicatat oleh alkhair | Label: , | Posted On Jumaat, Mac 04, 2011 at 10:52 PG


     "Geram betul aku dengan monyet-monyet ni, habis bersepah semua!"

     Jerit seorang pemuda bernama A, apabila melihat sampah sarap bertaburan di halaman rumahnya angkara monyet-monyet liar yang sering bertandang untuk mencari makanan. Bukannya apa, baru pagi tadi A longgokkan plastik-plastik hitam yang sarat dengan sampah untuk diangkut lori MDSR. Jiran A yang mendengar terus keluar rumah untuk melihat apa yang telah berlaku.

     "Sabo je la A.. Monyet-monyet tu kan Islam," pujuk B meredakan kekecewaan dan kemarahan A.

     "Kalo monyet-monyet tu Islam kenapa suka menyusahkan orang?"

     "Islam tidak menyukai penganutnya yang gemar buat kemungkaran apatah lagi menzalimi orang lain." Tambah A lagi.

....................
Memang benar Islam tidak menyuruh penganutnya membuat kemungkaran dan kerosakan. Di sini alkhair nak berkongsi dengan pembaca budiman tentang Ta'arif (pengertian) ISLAM.

Menurut seorang ulama abad ini, Dr. Abdul Karim Zaidan, terdapat enam ta'arif Islam. Alkhair nak kongsikan sedikit dengan para pembaca budiman tentang ta'a'rif  yang kedua iaitu tunduk dan patuh/taat dalam keadaan sedar dan rela diri semata-mata kerana Allah SWT, bukan dengan terpaksa. Bukan juga kerana yang lain-lain selain Allah SWT.

     Islam ada dua keadaan, 1) paksa (qahriyah). 2) rela (ihtiyariyah).

     Islam paksa tiada pahala dan dosa kerana tiada nilai di sisi Allah SWT disebabkan amal si pelaku yang dipaksa. Sedangkan ketundukan kerana terpaksa adalah merupakan tabie bagi setiap makhluk. Maksud ayat dari Surah Ali Imran 3 : 83,

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan."

     Segala apa yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada Allah SWT secara qahriyah. Akan tetapi bagi manusia yang telah cukup umur (akal baligh) maka Islam (tunduk) pada masa itu adalah Islam ikhtiyariah. Jadi, jika pada masa itu kita memilih Islam, maka Islam kita adalah Islam ikhtiyariah tetapi jika kita tidak terus pilih Islam maka kita telah engkar.

     Islam rela ada dapat pahala/dosa kerana amal si pelaku yang berpandukan ilham fasik/taqwa (rujuk Surah As-Syams : 8)

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."

     Islam paksa pada semua makhluk manakala Islam rela adalah makhluk yang bernama manusia. Contoh mudah, hayati proses kejadian manusia yang bermula daripada air menjadi segumpal darah, kemudian menjadi daging, lalu membentuk tulang dan seterusnya sehingga sempurna. Ia patuh dengan sistem yang telah ditentukan oleh Allah (fitrah) tanpa melangkaui turutan masing-masing. Contoh lain seperti ikan hidup di dalam air (fitrah), harimau makan daging (fitrah). Begitulah Islam paksa.

     Islam rela contohnya, Allah telah menetapkan kehidupan untuk manusia dalam satu sistem yang sempurna/syumul iaitu deen Islam. Akan tetapi ada manusia yang mengambil sistem selain daripada sistem Allah. Allah SWT memerintahkan agar melaksanakan tiang agama (solat) tetapi ada juga yang memilih untuk tidak melaksanakannya. Pendek kata bila amal baik dapat pahala, amal buruk dapat dosa. Fikir-fikirkanlah dan waspadalah dengan pilihan kita sebagai manusia kerana haiwan; contohnya harimau tadi; ia tidak diberi pilihan sama ada hendak makan daging atau sayur atau lain-lain. Ia tetap tunduk/patuh/taat kepada Allah SWT.

P/s : Kaitan cerita monyet tu adalah kepatuhan haiwan terhadap sunnatullah (fitrah) kejadian. Si A tidak perlu marah2 sebab natang tu kalo buat baik pun x masuk syurga.

Wallahu a'alam.