Rela?? Paksa??..atau paksa rela??

Dicatat oleh alkhair | Label: , | Posted On Jumaat, Mac 04, 2011 at 10:52 PG


     "Geram betul aku dengan monyet-monyet ni, habis bersepah semua!"

     Jerit seorang pemuda bernama A, apabila melihat sampah sarap bertaburan di halaman rumahnya angkara monyet-monyet liar yang sering bertandang untuk mencari makanan. Bukannya apa, baru pagi tadi A longgokkan plastik-plastik hitam yang sarat dengan sampah untuk diangkut lori MDSR. Jiran A yang mendengar terus keluar rumah untuk melihat apa yang telah berlaku.

     "Sabo je la A.. Monyet-monyet tu kan Islam," pujuk B meredakan kekecewaan dan kemarahan A.

     "Kalo monyet-monyet tu Islam kenapa suka menyusahkan orang?"

     "Islam tidak menyukai penganutnya yang gemar buat kemungkaran apatah lagi menzalimi orang lain." Tambah A lagi.

....................
Memang benar Islam tidak menyuruh penganutnya membuat kemungkaran dan kerosakan. Di sini alkhair nak berkongsi dengan pembaca budiman tentang Ta'arif (pengertian) ISLAM.

Menurut seorang ulama abad ini, Dr. Abdul Karim Zaidan, terdapat enam ta'arif Islam. Alkhair nak kongsikan sedikit dengan para pembaca budiman tentang ta'a'rif  yang kedua iaitu tunduk dan patuh/taat dalam keadaan sedar dan rela diri semata-mata kerana Allah SWT, bukan dengan terpaksa. Bukan juga kerana yang lain-lain selain Allah SWT.

     Islam ada dua keadaan, 1) paksa (qahriyah). 2) rela (ihtiyariyah).

     Islam paksa tiada pahala dan dosa kerana tiada nilai di sisi Allah SWT disebabkan amal si pelaku yang dipaksa. Sedangkan ketundukan kerana terpaksa adalah merupakan tabie bagi setiap makhluk. Maksud ayat dari Surah Ali Imran 3 : 83,

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan."

     Segala apa yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada Allah SWT secara qahriyah. Akan tetapi bagi manusia yang telah cukup umur (akal baligh) maka Islam (tunduk) pada masa itu adalah Islam ikhtiyariah. Jadi, jika pada masa itu kita memilih Islam, maka Islam kita adalah Islam ikhtiyariah tetapi jika kita tidak terus pilih Islam maka kita telah engkar.

     Islam rela ada dapat pahala/dosa kerana amal si pelaku yang berpandukan ilham fasik/taqwa (rujuk Surah As-Syams : 8)

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."

     Islam paksa pada semua makhluk manakala Islam rela adalah makhluk yang bernama manusia. Contoh mudah, hayati proses kejadian manusia yang bermula daripada air menjadi segumpal darah, kemudian menjadi daging, lalu membentuk tulang dan seterusnya sehingga sempurna. Ia patuh dengan sistem yang telah ditentukan oleh Allah (fitrah) tanpa melangkaui turutan masing-masing. Contoh lain seperti ikan hidup di dalam air (fitrah), harimau makan daging (fitrah). Begitulah Islam paksa.

     Islam rela contohnya, Allah telah menetapkan kehidupan untuk manusia dalam satu sistem yang sempurna/syumul iaitu deen Islam. Akan tetapi ada manusia yang mengambil sistem selain daripada sistem Allah. Allah SWT memerintahkan agar melaksanakan tiang agama (solat) tetapi ada juga yang memilih untuk tidak melaksanakannya. Pendek kata bila amal baik dapat pahala, amal buruk dapat dosa. Fikir-fikirkanlah dan waspadalah dengan pilihan kita sebagai manusia kerana haiwan; contohnya harimau tadi; ia tidak diberi pilihan sama ada hendak makan daging atau sayur atau lain-lain. Ia tetap tunduk/patuh/taat kepada Allah SWT.

P/s : Kaitan cerita monyet tu adalah kepatuhan haiwan terhadap sunnatullah (fitrah) kejadian. Si A tidak perlu marah2 sebab natang tu kalo buat baik pun x masuk syurga.

Wallahu a'alam.










Comments:

There are 0 ulasan for Rela?? Paksa??..atau paksa rela??

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..