Orang Islam yang zalim perlu dibantu??

Dicatat oleh alkhair | Label: , | Posted On Isnin, Januari 10, 2011 at 11:02 PG



Merujuk kepada tulisan Ust. Mohd Norhisyam Tuan Padang bertajuk ‘Bantulah Saudaramu yang Zalim’ – solusi NO. 27 – menerangkan tentang salah satu metode dakwah Rasulullah s.a.w. yang sangat menarik dalam mengajak paradigma berfikir masyarakat ketika itu. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu ungkapan yang bermaksud bantulah saudaramu yang zalim.. Para sahabat kehairanan, lalu bertanya: “Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.”
……….
Apa itu zalim?? Para ulamak mentakrifkan zalim sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Lawan bagi perkataan zalim ialah adil yang membawa takrif sebagai meletakkan sesuatu sesuai dan tepat pada tempatnya. Agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang adil kerana agama ini telah diatur oleh Allah s.w.t. di dalamnya dengan pelbagai sistem yang merangkumi seluruh kehidupan manusia di dunia ini. Oleh yang demikian, perbuatan yang mengutamakan sistem yang diambil dari timur atau barat yang tidak menepati Islam bererti mengetepikan cara yang dianjurkan oleh Allah s.w.t.
………..
Apabila berlaku penganiayaan atau kezaliman terhadap saudara kita di mana sahaja hatta di Palestin sekalipun, mereka mesti dibantu. Demikian juga, apabila mereka yang melakukan penganiayaan atau kezaliman itu tergolong daripada kalangan saudara kita sendiri, maka kita perlu membantu dengan cara berusaha bersungguh-sungguh menghalang perbuatan tersebut. Bagaimana caranya?? Kita rujuk semula kepada hadis nabi s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, ubahlah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu, ubahlah dengan hati (melahirkan rasa benci). Maka itu adalah selemah-lemah iman. Wallahu a’lam.

Hyprobulksms

Comments:

There are 0 ulasan for Orang Islam yang zalim perlu dibantu??

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..