Selamat Menyambut Aidil Adha

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Isnin, November 15, 2010 at 12:42 PTG

Semoga para jemaah haji seluruh dunia khususnya Malaysia, mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan pulang ke tanah air. Mereka yang mendapat haji yang mabrur umpama bayi yang baru dilahirkan kerana dosa-dosa mereka telah diampunkan oleh Allah. Berbagai peristiwa yang perlu kita ambil iktibar bersempena dengan bulan haji ini, di antaranya :

Ibadah korban yang ditunaikan adalah berdasarkan peristiwa penyembelihan nabi Ismail oleh ayahnya, nabi Ibrahim, atas perintah Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, Allah telah menggantikan tempat nabi Ismail dengan seekor kibas. Nabi Ibrahim telah menyembelih kibas. Hari ini kita digalakkan supaya membuat korban / penyembelihan binatang ternak seperti lembu, kambing, unta dan lain-lain. Sebagaimana maksud firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Surah al-Kauthar : 1-3). Wallahu a'lam..

Comments:

There are 0 ulasan for Selamat Menyambut Aidil Adha

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..