Hari bahagia sebagai RAJA SEHARI

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Selasa, November 23, 2010 at 12:16 PTG


Siapa yang tak nak kawin ? Pastinya semua yang belum nikah nak sangat nikah. Siang tertunggu-tunggu dan malam termimpi-mimpi : siapakah pasangan sehidup semati ? Yang dah ada satu isteri, masih mencari-cari calon untuk memenuhi 3 kekosongan lagi. Wah begitu hebatnya penangan sebuah pernikahan ! Topik yang tidak pernah basi la katakan.


Namun, hidup tidak selalunya indah, laut tak selalunya tenang. Tiba masanya, hujan pastikannya turun, taufan tentunya melanda kerana itulah suratan kehidupan. Namun bagaimana kita mengelola kemudi, saat bahtera pernikahan diamuk badai yang mengganas ?

Kenapa pergaduhan terjadi ?
Kita perlu sedar hakikat bahawa suami dan isteri datang dari 2 jantina yang berbeza, keluarga yang berbeza, didikan dan perangai yang berbeza. Dalam mengenali, memahami dan menyulami perbezaan ini tentu sekali berlaku banyak percanggahan pendapat. Pernikahan juga datang bersama tanggungjawab, siapkah kita belajar untuk memikul tanggungjawab yang tidak pernah kita sentuh sebelum ini ? Dan ramai yang kecundang kerananya.

Baca lagi >>>





Comments:

There are 0 ulasan for Hari bahagia sebagai RAJA SEHARI

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..