Kenapa Herba Tidak Mujarab??

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Isnin, November 15, 2010 at 3:14 PTG

Mungkin sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini sama ada dalam diri, kepada teman-teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Kepada mereka yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapat cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya. Kali ini Alkhair nak berkongsi dengan pembaca budiman berkenaan herba tidak mujarab bila ada sebab-sebab yang boleh menghalang kemujarabannya...


Antara sebab-sebab mengapa herba tidak mujarab :
 
1. Masalah "mind set"
Percaya atau tidak kita telah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi memdapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai di antara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-olah terpaksa apabila disyorkan ubatan tradisional ini.Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

2. Tekanan atau stress
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda. Oleh sebab itulah orang yang selalu stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja malah herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kalenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindakbalas imuniti (pertahanan) badan. Akibatnya berlaku malbsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manfaat kepada kita.

3. Pengambilan air yang tidak mencukupi  
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir dalam badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix, air kordial roselle atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari, sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan, pengawalan suhu badan, pencernaan dan semua aktiviti badan.
Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa sahaja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mi, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air (untuk perempuan) dan 2.5 liter air (untuk lelaki) dalam sehari. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

4. Pengambilan yang tidak berterusan
Seperti yang anda sedia maklum, herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Setiap penyakit yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada suatu proses yang lama contohnya sakit asthma, penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak, pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama, jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi kesabaran dan istiqomah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

5. Pengikatan dan pembuangan
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama-sama ubatan lain. Ini boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan lalu terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi, rebusan dan lain-lain.

6. Dos yang tidak mencukupi
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindak balas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi, ia tidk akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1g herba (mengikut herba yang diambil).

7. Merokok
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus dimasukkan ke dalam badan. Bayangkanlah asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat berbahaya baik kepada perokok mahupun penghidu (perokok pasif).

Comments:

There are 0 ulasan for Kenapa Herba Tidak Mujarab??

Catat Ulasan

Sila komen untuk penambahbaikan..