Jangan lakukan kesalahan

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Rabu, Disember 08, 2010 at 2:47 PTG


Pesakit kencing manis yang luka jangan sekali kali di tuam dengan sesuatu yang panas kerana daging akan menjadi mati dan terus gangren .Ini mengakibatkan jari atau kaki akan dipotong. Kadang kadang oleh kerana kaki tidak dapat merasa atau kebas, pesakit terkena seterika yg panas. Akibatnya seluruh kaki akan menjadi gangren dan terpaksa dipotong.

Bila berlaku hal ini,tindakan awal ialah membuang nanah setiap hari dan membasuhnya dengan air garam. Namun bagitu kaedah yang paling efektif ialah menaburkan serbuk gamat pada luka tersebut sehingga ia kering dan tumbuh daging -daging baru disamping mengambil habatus Sauda, Plantisol dan Iner-G.

Baca Lagi >>>







Tranformasi Diri Menjelang 1432H

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Isnin, Disember 06, 2010 at 5:47 PTG


Saban tahun kita akan sambut tahun baru, sama ada mengikut kiraan kalendar geogori ataupun kalendar hijri. Setiap orang yang berakal hatta budak-budak atau orang yang telah lanjut usia sekalipun akan ada keinginan untuk meletakkan sesuatu azam dalam diri, tidak kurang pula yang mahu berubah. Hal tersebut adalah elok malah digalakkan kerana memberi satu suntikan semangat pada diri seseorang demi mencapai cita-cita ataupun matlamat. Persoalannya adakah kita telah benar-benar bersedia untuk berubah??

Kini kita berada dipenghujung bulan Zulhijjah dan akan bertemu dengan bulan Muharam yang merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam. Ini bermakna kita akan meninggalkan tahun hijrah 1431 dan bertemu dengan tahun baru 1432. Sebelum kita melangkah ke tahun baru 1432 hijrah, amatlah wajar sekiranya kita menoleh ke belakang untuk mengimbau kembali perjalanan hidup kita pada tahun-tahun yang telah berlalu..untuk kita teliti dan nilai apakah kita telah meletakkan perjalanan kehidupan kita di atas landasan yang diredhai Allah?? Di atas jalanNya yang lurus iaitu jalan yang Allah telah sediakan untuk makhluk yang bernama manusia. Atau apakah kita masih mahu mencari atau terus mengikuti jalan-jalan yang lain daripada jalan yang dipilih oleh Allah -  sedangkan seluruh makhluk sama ada di langit dan yang ada di bumi semuanya tunduk menyerah kepada peraturan Allah sama ada secara rela atau terpaksa. Dan ingatlah bahawa hanya kepada Allah kita semua akan dikembalikan - (maksud ayat ; Ali-Imran 83).
Demikianlah bentuk pengaturan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seluruh makhlukNya dan tidak satu makhluk pun dalam alam ini yang terlepas daripada kekuasaan pentadbiran Allah. Jalan tersebut ialah jalan Islam. Di mana seluruh kehidupan kita berpandukan ajaran Islam yang syumul dan wajib dilaksanakan oleh umat Islam hingga ke hari kiamat. Sedangkan "jalan-jalan lain" yang dilarang kita mengikutinya ialah peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat seperti komunisme, sosialisme, nasionalisme, kapitalisme, dan pelbagai lagi yang kesemuanya akan mengheret pengikut-pengikut mereka ke neraka. Fahaman -fahaman dan ideologi sesat ciptaan mereka inilah yang telah menjatuhkan matabat manusia ke tahap yang lebih rendah daripada haiwan. Mereka jugalah yang menjadi punca kehancuran kepada peradaban dan fitrah insaniah. Ideologi inilah juga yang menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlak dan berlakunya gejala-gejala sosial dalam masyarakat.

       Bersempena dengan tahun hijrah 1432 ini marilah kita hijrahkan diri kita, bebaskan pemikiran dan diri kita daripada kongkongan ideologi-ideologi batil dan sesat itu dengan terlebih dahulu menghijrahkan akal, minda, dan hati kita daripada belenggu yang selama ini mengikat kita dan menutupi mata hati kita daripada melihat kebenaran, keindahan, dan kesyumulan (kesempurnaan) Islam. Wallahu a'lam.