TEMBOK PEMISAH ISRAEL: Penjara Terbesar Dunia

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Rabu, November 24, 2010 at 9:49 PG


Pada 20 Februari 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat.Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565 km persegi di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau 'Israel' akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati.
Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat.

Jumlah kepanjangan Tembok Pemisah:
> 645 km di Tebing Barat
> 102 km di Semenanjung Gaza

Kawasan tembok yang telah disiapkan:
> 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat
> Semenanjung Gaza: 102 km
> 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan di Tebing Barat
> 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau

Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah:                                                                                              > 55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok                                                                                                    > 42 komuniti Palesti termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok                                                                                                    > 172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan tembok 

Tembok Pemisah dan penempatan haram Israel:
> 98 penempatan Israel dengan jumlah penduduk kira-kira 375,000 orang (83% daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok Pemisah.

sumber:

Wahai umat Islam berilah harapan dengan jihad dan doa untuk saudara kita di Palestin..




Hari bahagia sebagai RAJA SEHARI

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Selasa, November 23, 2010 at 12:16 PTG


Siapa yang tak nak kawin ? Pastinya semua yang belum nikah nak sangat nikah. Siang tertunggu-tunggu dan malam termimpi-mimpi : siapakah pasangan sehidup semati ? Yang dah ada satu isteri, masih mencari-cari calon untuk memenuhi 3 kekosongan lagi. Wah begitu hebatnya penangan sebuah pernikahan ! Topik yang tidak pernah basi la katakan.


Namun, hidup tidak selalunya indah, laut tak selalunya tenang. Tiba masanya, hujan pastikannya turun, taufan tentunya melanda kerana itulah suratan kehidupan. Namun bagaimana kita mengelola kemudi, saat bahtera pernikahan diamuk badai yang mengganas ?

Kenapa pergaduhan terjadi ?
Kita perlu sedar hakikat bahawa suami dan isteri datang dari 2 jantina yang berbeza, keluarga yang berbeza, didikan dan perangai yang berbeza. Dalam mengenali, memahami dan menyulami perbezaan ini tentu sekali berlaku banyak percanggahan pendapat. Pernikahan juga datang bersama tanggungjawab, siapkah kita belajar untuk memikul tanggungjawab yang tidak pernah kita sentuh sebelum ini ? Dan ramai yang kecundang kerananya.

Baca lagi >>>





Berbakti kepada tanah

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 11:27 PG


Alhamdulillah..semalam alkhair anak-beranak membersihkan tanah yang dipenuhi belukar kecil di belakang rumah. Alkhair post hari ni sebab terlampau penat sangat. Lagi pun tangan ni masih lagi terasa kebas, dan sengal-sengal. Ibnu Alkhair pun kepenatan.. Nyenyak betul tido..









Rasa terhibur pula bila melihat tanah dah lapang, tak ada lagi rumput-rumput degil - orang kata rumput tebrau - macam lalang tapi racun banyak kali pun lambat nak mati..Tanah tu tak de la besar sangat tapi bolehlah juga buat tanam-tanam serai, ubi, cili dan lain-lain..Buat ada-ada je.
 Inilah hasil bila kita berbakti pada tanah.. pada makhluk Allah juga..






Wanita...hiasan duniaaa..!!

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Khamis, November 18, 2010 at 3:40 PG

Ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.

04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kaum wanita seharusnya menjaga martabat mereka selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kamu mahu, syurga terbentang sedia, masih neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.
Wallahu'alam.




Sumber :
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1136-anggun-pesona-aurat-terpelihara.html

Pemilihan warna yang bijak untuk perniagaan

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Selasa, November 16, 2010 at 9:50 PG



Hari ni, alkhair nak kongsi beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis…

    * Putih = Kesucian
    * Hitam = Kemewahan
    * Kuning = Amaran
    * Biru = Kepimpinan
    * Purple = Royalty
    * Hijau = Alam semulajadi
    * Merah = Menarik perhatian

Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.

    So, sekarang anda tahu mengapa laman web RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!

Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan :)

Ayam oh ayam!

Dicatat oleh alkhair | Label: , | Posted On at 1:04 PG

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

Kanser??...Tiada lagi..!!

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On Isnin, November 15, 2010 at 10:39 PTG




SHARK CARTILAGE PLUS (Antikanser)

Produk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kanser seperti berikut:-

1. Kanser usus.
2. Kanser hati dan paru-paru
3. Kanser payu dara.
4. Kanser prostat.
5. Kanser ovari.
6. Tumor di kepala.
Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser.
Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan. Selain itu, Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-
1. Psoriasis.
2. Eksema.
3. Athritis.
4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.
5. Penyakit lemah jantung.
6. Asma.
7. Tuberculosis atau Batuk kering.
Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.
Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM 78
 
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 56
Sabah & Sarawak: RM 64
Nilai Mata (NM): 10

Khas untuk wanita

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 9:32 PTG

PARAMARIA PLUS
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut
Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
Dos :
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita antara 15 – 20 tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8

Kenapa Herba Tidak Mujarab??

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 3:14 PTG

Mungkin sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini sama ada dalam diri, kepada teman-teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Kepada mereka yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapat cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya. Kali ini Alkhair nak berkongsi dengan pembaca budiman berkenaan herba tidak mujarab bila ada sebab-sebab yang boleh menghalang kemujarabannya...


Antara sebab-sebab mengapa herba tidak mujarab :
 
1. Masalah "mind set"
Percaya atau tidak kita telah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi memdapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai di antara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-olah terpaksa apabila disyorkan ubatan tradisional ini.Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

2. Tekanan atau stress
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda. Oleh sebab itulah orang yang selalu stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja malah herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kalenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindakbalas imuniti (pertahanan) badan. Akibatnya berlaku malbsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manfaat kepada kita.

3. Pengambilan air yang tidak mencukupi  
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir dalam badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix, air kordial roselle atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari, sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan, pengawalan suhu badan, pencernaan dan semua aktiviti badan.
Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa sahaja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mi, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air (untuk perempuan) dan 2.5 liter air (untuk lelaki) dalam sehari. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

4. Pengambilan yang tidak berterusan
Seperti yang anda sedia maklum, herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Setiap penyakit yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada suatu proses yang lama contohnya sakit asthma, penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak, pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama, jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi kesabaran dan istiqomah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

5. Pengikatan dan pembuangan
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama-sama ubatan lain. Ini boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan lalu terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi, rebusan dan lain-lain.

6. Dos yang tidak mencukupi
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindak balas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi, ia tidk akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1g herba (mengikut herba yang diambil).

7. Merokok
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus dimasukkan ke dalam badan. Bayangkanlah asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat berbahaya baik kepada perokok mahupun penghidu (perokok pasif).

Me As U Know

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 12:55 PTG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Insya Allah nama diberi MOHD KHAIRY BIN ABD JAAFAR.
Dilahirkan di dunia dan berasal dari keturunan Nabi Adam. Sekarang menetap di atas tanah, bawah langit.

Maklumat lanjut :

H/p : 019-7994097

e-mail : abuauf82@gmail.com



No. Ahli : 452987.MY01


Websites :  


 





    
No. Akaun Maybank : 1511005316694

Selamat Menyambut Aidil Adha

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 12:42 PTG

Semoga para jemaah haji seluruh dunia khususnya Malaysia, mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan pulang ke tanah air. Mereka yang mendapat haji yang mabrur umpama bayi yang baru dilahirkan kerana dosa-dosa mereka telah diampunkan oleh Allah. Berbagai peristiwa yang perlu kita ambil iktibar bersempena dengan bulan haji ini, di antaranya :

Ibadah korban yang ditunaikan adalah berdasarkan peristiwa penyembelihan nabi Ismail oleh ayahnya, nabi Ibrahim, atas perintah Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, Allah telah menggantikan tempat nabi Ismail dengan seekor kibas. Nabi Ibrahim telah menyembelih kibas. Hari ini kita digalakkan supaya membuat korban / penyembelihan binatang ternak seperti lembu, kambing, unta dan lain-lain. Sebagaimana maksud firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Surah al-Kauthar : 1-3). Wallahu a'lam..

Selamat Datang

Dicatat oleh alkhair | Label: | Posted On at 11:37 PG

Selamat Datang ke tema baru.